Aku ialah anak kepada orang kaya.Keluargaku terkenal sebagai orang yang dermawan,rupawan dan banyak lagi.Aku sekarang sedang belajar di menengah empat.Pada mulanya,aku tak berapa suka untuk pergi ke sekolah tapi lama kelamaan aku makin suka untuk pergi ke sekolah mungkin kerana aku terpikat dengan seorang cikgu yang bernama Nuriani.Dia seorang cikgu yang baik hati dan cikgu yang paling cantik bagiku.Pelajaranku pula semakin hari semakin bagus.Aku asyik mendapat tempat pertama dalam kelas. Cikgu Nuraini pula asyik memuji diriku. Aku semakin rapat dengannya. Aku berasa senang sekali bila bersamanya. Semasa aku mengambil peperiksaan akhir tahun untuk menentukan sama ada aku akan pergi ke Universiti atau tidak,aku asyik teringatkan dia dan kerana cikgu itulah aku sekarang berada di Universiti.
Hari demi hari berlalu dan tibalah masanya penghabisan tahun untuk saya. Semasa hari terakhir saya berada di universiti,saya dapat melihat Cikgu Nuriani melambai-lambaikan tangan kepadaku. Aku pun menyambutnya dengan senyuman. Di situ jugalah aku menyuarakan isi hatiku yaitu aku menyintainya. Dia berasa terperanjat kerana selama ini dia pun ada juga rasa cinta kepadaku. Aku pun menyuarakan untuk menjadi teman istimewanya tapi dia menolak. Aku pun menanyakan sebabnya berlaku sedemikian.Dia pun berkata dia melakukan begitu kerana......
Posted by shasha207
at 4:58 AM EDT